SUKAN TAHUNAN MAKTAB SOAS, BSB.
May 01,
2009
2009
BANDAR SERI BEGAWAN, 30hb April 2009 (Khamis)- Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan mengadakan acara Sukan Tahunan yang amat gilang gemilang dan di sambut secara besar-besaran bertempat di arena sukan Maktab tersebut.
Setelah ketibaan tetamu kehormat, acara tersebut dimulakan dengan kata alu-aluan daripada tetamu kehormat, tuan pengetua, kemudian acara perbarisan lalu yang mengeluarkan semua pasukan beruniform maktab seperti Pasukan Kadet Tentera, Pasukan Kadet Polis DiRaja Brunei, Pasukan Kadet Pengakap, dan diiringi dengan alunan muzik daripada Pasukan Band Maktab SOAS. Diikuti pula dengan perbarisan daripada ke empat-empat rumah sukan Maktab ini iaitu Rumah Maharajalela, Rumah Pemancha, Rumah Kermaindera dan Rumah Bendahara.
Acara sukan tahunan ini menyaksikan pertandingan larian untuk penuntut, guru-guru lelaki dan perempuan iaitu penuntut-penuntut dan guru-guru dari sekolah menengah lain yang dijemput sama antaranya dari sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait.
Acara Sukan Tahun ini dimenangi oleh pasukan Rumah Pemancha, yang memenangi secara berturut-turut selama duan tahun. Terima Kasih diucapkan kepada guru-guru dan penuntut dan kepada sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program sukan tahunan ini.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
Bawah: Antara pasukan-pasukan beruniform yang menyertai perbarisan lalu
This entry was posted
on Friday, May 01, 2009
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
1 comments