IShootYou

Permata Hati  

Posted by nora

30 Oktober 2009 (Jumaat) - Assalamualaikum, hai semua readers... lama sudah rasanya inda mengisi dalam family blog kami ani. Tapi apapun, terima kasih kepada semuanya kerana tetap setia bersama blog bekarih. Alhamdulillah, walaupun lama inda ku mengisi, tapi usulnya isi-isi dalam blog ani bervariasi. Tahniah to all contributors, bros n sis... Back to my story...hehehe... alhamdulillah, ku sudah selamat melahirkan cahayamata pada 1 Oktober yang lalu. Pertarungan melawan sakit akhirnya terbayar dengan titisan airmata kegembiraan apabila tepat jam 10.31mlm, ku bergelar mama dan suami bergelar bapa pada seorang baby lelaki seberat 3.065kg. Kami berikan ia nama "Mohammad Safwan Arif" yang bererti 'bersih, suci dan bijaksana'. Alai Mohammad Safwan Arif, kau menjadi permata hati kepada semua orang. Kehadiranmu memang ditunggu-tunggu oleh mama, babah, nini-ninimu, uwa, uda, amit-amit mu dan semuanya. Hari Ahad ani genap sebulan umur permata hati kami. Inda terasa... hehehe...Kepada semua pembaca, doakan agar keluarga 'bekarih' akan terus dilimpahi kebahagiaan di samping redha dan rahmat Allah.

Nani and Amit's  

Posted by babycutie

 

Posted by Zanani Freelance


"AnakMama"
Photo by : AMHM09

 

Posted by Zanani Freelance


"Nani Amit"
Photo by : AMHM2009

 

Posted by Zanani Freelance



" Hari Raya Nani Babah Tungku "
Foto by : DSA09

Melukis Dengan Komputer  

Posted by Digital Ink

Sejak dibangku sekolah lagi saya memang meminati pelajaran lukisan sehinggalah saat ini. Dengan teknologi komputer yang begitu canggih, di era digital ini seseorang yang minat melukis boleh memilih sama ada mahu menjadi traditional media artist atau digital artist. Digital artist ialah pelukis yang menghasilkan karya mereka dengan menggunakan komputer.

Banyak sekali program grafik yang boleh kita gunakan untuk melukis menggunakan komputer, antaranya ialah program Adobe Illustrator dan Adobe photoshop. Ketika ini saya menggunakan Adobe Illustrator untuk melukis illustrasi buku, mereka cipta logo perniagaan, membuat lukisan teknikal dan termasuklah membuat khat Jawi dan Arab seperti kebanyakan kandungan posting yang terdapat pada blog seninet. Sementara program Adobe Photoshop saya gunakan untuk mengedit imej dan photo yang saya ambil dengan kamera digital. Adobe Photoshop juga kerap kali saya gunakan untuk mewarna illustrasi atau lukisan yang telah saya hasilkan melalui Adobe Illustrator.

Ramai rakan-rakan yang bertanya kepada saya tentang perbezaan menggunakan Adobe Illustrator dan Photoshop? Apakah untuk menjadi seorang yang bergelar 'Digital Artist' memadai hanya menggunakan salah satu daripada program berkenaan?

Dalam dunia grafik komputer, grafik boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang utama iaitu grafik raster (dikenali juga sebagai grafik bitmap) dan grafik vektor. Dengan mengetahui perbezaan kedua format grafik inilah saya yakin, boleh membantu anda sedikit sebanyak untuk memahami bilakah masa yang sesuai untuk anda switch atau beralih kepada Adobe Illustrator atau Adobe Photoshop.

Photoshop dan Illustrator adalah dua program yang berbeza yang menawarkan hasil karya seni yang berbeza dari segi format grafik. Photoshop biasa digunakan untuk menyunting foto dan imej dan anda masih boleh gunakannya untuk melukis, walau bagaimanapun ianya tidaklah sebaik program Adobe Illustrator. Imej yang dihasilkan daripada program Adobe Photoshop dikenali sebagi raster imej dan ianya dibina daripada susunan pixel atau titik-titik, manakala saiz fail yang diperlukan untuk menyimpan imej raster adalah lebih besar disebabkan informasi fail raster ini disimpan dalam bentuk bit. Jika anda ingin menukarkan saiz sesuatu imej raster, anda sebenarnya memaparkan pixel imej yang semakin dibesarkan atau dikecilkan dimana hasil dari proses pembesaran dan pengecilan (setelah dibesarkan) akan mengakibatkan imej raster menjadi kabur, kurang menarik dan kelihatan bergigi (pixelized). Sebaliknya semakin tinggi nilai pixel bagi sesebuah imej, semakin jelas dan berkualiti imej tersebut. Imej raster amat sesuai digunakan jika sekiranya anda memerlukan tahap imej yang berkualiti tinggi seperti benda-benda yang wujud dalam kehidupan yang sebenarnya. Antara contoh perisian yang digunakan untuk menghasilkan imej raster ialah Adobe Photoshop dan Painter.


Gambar disebelah kiri setelah dibesarkan, jelas menunjukkan bahawa Raster atau bitmap imej dihasilkan daripada susunan pixel atau titik-titik

Adobe Illustrator adalah direka khas untuk kegunaan melukis illustrasi dan ia dikenali sebagai imej jenis lukisan yang berasakan objek. Fail grafik yang dihasilkan daripada Adobe Illustrator dikenali sebagai grafik vektor. Imej vektor diwakili dalam bentuk yang berasaskan matermatik yang dibina daripada bentuk oval, lengkungan, garisan lurus dan sebagainya dan penciptaan imej vektor berasakan pembentukan garisan pada dua penjuru yang berlainan. Apabila anda membina sesuatu garisan dalam perisian grafik vektor satu set arahan akan dibina bagi menjelaskan bentuk, kedudukan dan bentuk imej tersebut. Hasil gabung jalin pelbagai bentuk objek yang berbeza mengeluarkan bentuk objek yang lebih bermakna.

Imej vektor mudah dikendalikan bagi tujuan mengubahsuai atau memanipulasi imej, saiz, kedudukan dan bentuknya boleh diubahsuai daripelbagai sudut dan arah tanpa menjejaskan paparan dan kualiti imej. Imej vektor juga amat sesuai bagi menghasilkan imej grafik komputer berbentuk clip art yang kemudiannya boleh komersialkan. Imej jenis vektor juga memang sesuai digunakan bagi menghasilkan lukisan jenis teknikal seperti CAD/CAM (Computer Aided Design /Manufacturer), permodelan saintifik, senibina dan seni reka dan sebagainya.

Grafik vektor sesuai digunakan untuk membuat illustrasi buku, majalah dan sebagainya

Seperkara yang perlu difahami oleh digital artist ialah semua grafik vektor dihasilkan oleh komputer, ini bermakna grafik vektor kurang realistik berbanding imej sebenar dalam kehidupan dunia sebenarnya.

Antara contoh perisian grafik terkemuka yang menghasilkan grafik vektor ialah Adobe Illustrator, CorelDraw, Freehand dan sebagainya.

Digital Ink 2009

3D Stereogram Part 1  

Posted by Zanani Freelance


What Can You see ?

BRUNEIAN BABY MAGAZINES  

Posted by Zanani Freelance


Bruneian Baby magazine actually Just my imagination
I didn't use any template... its orginally my works
Click HERE for original size photo

MAJALAH NAFANANI - KELUARAN 01/2009  

Posted by Zanani Freelance


Majalah Nafanani telah tidak dilancarkan pada 6/10/2010, muka depan majalah memaparkan Siti Nursyahzanani duduk di atas tangga untuk naik ketatas TITIAN semasa berkunjung ziarah berhariraya di Kg Sungai Matan. Rumah No 702B, Jalan Kota Batu Batu. Poskod Lama 2284 kalau ku nda silap....poskod baru ku nda tau, kami sekeluarga tinggal di kg Sg Matan sehingga tahun 1994, hujung tahun 1994 kami berpindah ke Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Tungku, 1 July 1995 aku masuk belajar ke salah sebuah institusi pengajian, so aku tinggal di asrama hinggalah tahun 1998... dah tamat pengajian 1 July 1998 aku kana hantar bertugas ke Daerah Belait ( ..hampeh..) dari sejak atu sampai ani lah aku di belait...sehinggalah kawin dengan org belait .."BELAIT PEOPLE" kekekeke.....(...bersambung ).haha

HAPPY 29th BIRTHDAY TO MY BELOVED WIFE  

Posted by Zanani Freelance





HAPPY BIRTHDAY TO
MY BELOVED WIFE.....
HEHE...
04/10/2009...LOVE YOU FOREVER...MUAHZSSS

BAHAN-BAHAN CAKOI  

Posted by Zanani Freelance


Tahukah anda Cakoi adalah berasal dari masakan bangsa cina, 油条 [you tiao - in mandarin], dlm cantonese pula "yao za guai", hokkien "yu ca koi". bagi bangsa cina cakoi dimakan dengan soup, dengan yong taufu dan bermacam-macam lagi, ada pula sesetengahnya yang menyimpan isi ikan didalam belahan cakoi. bagi orang melayu cakoi dimakan dengan kaya dan mentega sebagai makanan Sarapan Pagi atau Hi Tea. kalau anda hendak tahu bahan-bahan dan cara membuat cakoi sila tekan DISINI, bahan -bahan cakoi ini telah dicuba dan pasti berjaya. Insya Allah.

                                                                                 

RESIPI KEK BATIK VICO  

Posted by Zanani Freelance


Bahan-bahanya:

1 buku mentega (unsalted) – golden churn
2 biji telur besar/ 3 biji telur damit
3 cawan vico
3 atau 4 cawan nestum (nestle-original)
2 sudu makan horlicks
½ tin susu manis (F&N)
¼ or ½ tin susu manis gula
1 kotak Roti Marie (coklat)

Cara Membuatnya :

- Kecilkan Api
- Cairkan mentega hingga mendidih , Gaul
- Telur + Susu Manis, Gaul
- Gula + Vico + Nestum + Horlick, Gaul
- Tunggu hingga tidak melekat di kuali
- Matikan Api
- Roti, Gaul Rata-rata
- Tekan didalam tray

Selamat Mencuba dan Selamat Menikmati

 

Posted by Zanani Freelance

NewBabyTeepah

SITI NURSYAHZANANI VIDEO  

Posted by Zanani Freelance